Berbekalkan semangat dan SATU impian yang besar, Haji Nasuha, pemilik serta pengasas syarikat dan ladang ini telah berjaya memacu industri herba & rempah ratus di Malaysia sejak 40 tahun lalu. Beliau yang merupakan anak jati negeri Johor ini telah melabur puluhan juta ringgit dalam membangunkan khazanah alam ini.
Barangan Nasuha Herbs & Spices adalah produk kesihatan berasakan herba dikeluarkan mengikut kawalan mutu yang tinggi. Semua bahan mentah herba kami adalah segar dari ladang kami. Kawalan mutu kami bermula dari pemilihan benih sehingga pembungkusan produk siap. Produk kami diadun mengunakan beberapa jenis herba terpilih berdasarkan kebaikan nutrien di dalam bahan mentahnya di samping memastikan khasiat terpelihara. Ini juga untuk memastikan pengguna dapat menyediakan produk ini kepada sesiapa bila-bila masa.