Our Story

Herba asli untuk kehidupan Malaysia yang lebih sihat

Nasuha Herbs bermula daripada kecintaan terhadap alam β€” membawa herba dan rempah ratus berkualiti dari ladang ke kehidupan harian anda.

Who We Are

Warisan herba yang
boleh anda percayai

Ladang Herba dan Rempah Ratus Nasuha merangkumi kawasan seluas lebih 3,200 ekar yang terletak di daerah Muar-Pagoh, Johor Darul Takzim. Ia merupakan antara ladang herba terbesar di Asia dan memainkan peranan penting dalam industri herba di Malaysia.

Ladang ini mampu mengeluarkan sehingga 6 hingga 10 tan metrik bahan mentah setiap hari. Semua tanaman berasaskan sistem organik yang tidak menggunakan racun dan bahan kimia.

Semua bahan mentah adalah segar dari ladang kami. Kawalan mutu bermula dari pemilihan benih sehingga pembungkusan produk siap.

Pengasas Nasuha Herb
Warisan Kami

Tn Haji nasuha

Pengasas Kami

β€œDari tanah yang subur, lahir kehidupan yang lebih sihat.”

Barangan CT Herbs Spices Nasuha adalahproduk kesihatan berasakan herba dikeluarkan mengikut kawalan mutu yang tinggi. Semua bahan mentah herba kami adalah segar dari ladang kami. Kawalan mutu kami bermula dari pemilihan benih sehingga pembungkusan produk siap. Produk kami diadun mengunakan beberapa jenis herba terpilih berdasarkan kebaikan nutrien di dalam bahan mentahnya di samping memastikan khasit terpelihara. Ini juga untuk memastikan pengguna dapat menyediakan produk ini kepada sesiapa bila-bila masa.

Kepercayaan & Kualiti

Pengiktirafan yang
membanggakan

Ladang Herba & Rempah Nasuha juga telah diberi anugerah oleh THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS sebagai Ladang Herba & Rempah yang terbesar di Asia

Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Pensijilan dan standard kualiti
Pensijilan dan Standard Kualiti

Analisis kualiti dan piawaian Ladang Herba & Rempah Nasuha diperiksa dan diiktiraf oleh perbadanan kualiti antarabangsa dan setempat seperti USDA, Kanada Organik, EU dan ACT.

Why Nasuha

Keaslian alam yang
anda boleh nikmati

01

Organik

Tanaman diurus tanpa penggunaan racun dan bahan kimia berbahaya.

02

Dari Ladang Sendiri

Bahan mentah segar diperoleh terus daripada ladang herba Nasuha.

03

Kualiti Terkawal

Kawalan mutu dilakukan dari pemilihan benih hingga produk siap.

04

Warisan Malaysia

Mengangkat keunikan herba dan rempah ratus tempatan ke peringkat lebih tinggi.

From Our Land To Your Life

Ada Pertanyaan?
Kami Sedia Membantu.

Sama ada anda ingin bertanya tentang produk, membuat tempahan restoran atau mendapatkan maklumat mengenai Nasuha, hubungi kami pada bila-bila masa.

Alamat : Jalan Muar, 84500 Muar, Johor Darul Ta'zim, Malaysia (kira-kira 5 km dari susur keluar Tol Pagoh)

πŸ“ž Telefon / WhatsApp : +60 18-768 1000

πŸ“± WhatsApp : +60 18-768 1000

Media sosial :

Facebook : Nasuha Herba

Instagram : @nasuhaherbs

TikTok : @nasuhaherba

CONTACT US